Monday, October 24, 2011

Aku Sebuah Basikal

                  Aku berasal dari ¡¯Negara Matahari Terbit¡°. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang laindipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
                Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguhseronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas.
                 Setahunkemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawaaku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

No comments:

Post a Comment